Rujukan Exam PTD – Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengumumkan peperiksaan bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan diadakan pada 8 JULAI 2021. Para calon yang berkelayakan dan telah dijemput menduduki peperiksaan pasti inginkan satu Rujukan Exam PTD yang lengkap dan komprehensif sebagai persediaan menghadapi peperiksaan tersebut.

Exam Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 untuk kemasukan terkini sektor awam merupakan pengambilan terbanyak jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi tahun 2021 ini.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Rujukan Komprehensif untuk Peperiksaan Online Pegawai Tadbir gred M41

Jika anda salah seorang antara calon-calon yang telah menerima surat panggilan untuk menduduki peperiksaan ini, setinggi tahniah kami ucapkan.

Tetapi adakah anda telah membuat persediaan? Sudah buat ulangkaji? Tahu apakah jenis-jenis soalan yang akan ditanya? Sudah ada Rujukan?

Untuk pengetahuan anda, sebuah rujukan lengkap peperiksaan Pegawai Tadbir M41 telah disediakan oleh Tim Infokerjaya untuk membantu para calon dalam menghadapi peperiksaan SPA dengan contoh-contoh soalan terkini. Ia merangkumi kesemua tiga seksyen yang terkandung dalam peperiksaan sesi Julai 2021.

rujukan-exam-ptd-2021

Rujukan ini adalah keluaran Tim Infokerjaya yang telah bantu lebih 78,000 calon sejak tahun 2009. Jadi setiap kali exam mereka memang akan semak dengan format terkini dan selaraskan. Anda boleh klik DISINI untuk tengok email-email mereka yang berjaya

Pakej rujukan exam PTD ini akan dikeluarkan bermula 4 Julai sehingga 7 Julai 2021. Ia merupakan rujukan yang berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya dengan isi kandungan yang telah dikemaskini dengan contoh soalan terkini, sesuai dengan persekitaran semasa negara.

Buat para calon yang terbabit, pastikan anda menggunakan rujukan terkini (Tahun 2021) kerana rujukan lama sudah lapuk dan tidak relevan dengan suasana politik dan pentadbiran negara ketika ini.

Sebagai calon, anda seharusnya sedar terdapat banyak polisi pentadbiran yang telah mengalami perubahan sama ada kecil atau besar sejak setahun yang lalu. Apatah lagi ketika ini, soalan-soalan yang bakal ditanya pastinya akan berkait rapat dengan situasi semasa negara yang sedang berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

Pemilihan calon awal akan berdasarkan kepada saringan menerusi peperiksaan online PTD M41 ini. Maka, persediaan yang betul dan tepat perlu dibuat agar mengelakkan diri anda sebagai calon PTD tersingkit di tahap ini.

Untuk makluman, Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 (PTD) mengandungi 3 (tiga) seksyen utama, iaitu:

  1. Pengetahun Am (50 soalan)
  2. Daya Menyelesaikan Masalah (40 soalan)
  3. Kefahaman Bahasa Inggeris (30 soalan)

Kesemua soalan perlu dijawab menerusi pilihan jawapan disertakan. Setiap calon perlu memilih jawapan yang tepat dan betul bagi setiap soalan.

Bentuk Soalan Peperiksaan Online PTD M41 (Tahun 2021)

Tiga seksyen utama ini akan mempunyai pecahan-pecahan kecil yang tidak dinyatakan.

Misalnya, untuk Pengetahuan Am, seksyen ini berkemungkinan akan terdiri dari pecahan kecil berkaitan politik, pengurusan kewangan, hubungan antarabangsa, pengurusan pentadbiran dan pelbagai lagi. Ia berbeza pada setiap kali peperiksaan online dijalankan oleh SPA.

Begitu juga dengan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris. Pecahan soalan mungkin terdiri dari soalan berbentuk memahami teks disediakan, tatabahasa, struktur ayat dan sebagainya. Jika anda calon yang fasih dengan Bahasa Inggeris, seksyen ini boleh dianggap satu bonus untuk mendapatkan markah yang baik.

Soalan-soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah lebih kepada soalan matematik. Ia merupakan seksyen yang bakal mengambil banyak masa calon untuk menyelesaikan terutama soalan-soalan yang melibatkan rumus atau persamaan matematik. Pemahaman graf, carta atau jadual juga boleh menjerat calon dalam memberikan jawapan paling tepat dan pantas.

Tips Lulus Exam Online PTD M41

Calon-calon yang akan menduduki Exam Online PTD M41 bagi sesi Julai 2021 dinasihatkan untuk membuat persediaan rapi sebelum menduduki peperiksaan sebenar. Untuk tahun ini, calon perlu melengkapkan diri dengan Pengetahuan Am mengenai isu-isu semasa negara terutamanya mengenai pentadbiran serta hal-hal yang berkaitan dengan Pengisytiharan Darurat, bantuan fiskal berhadapan pandemik COVID-19, Program Pemberian Vaksin, SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dan pelbagai lagi isu-isu semasa yang berlaku ketika ini.

Calon juga perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran untuk memahami soalan yang akan ditanya menerusi Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah yang agak mengelirukan dan sedikit rumit.

Maka, cara terbaik untuk memastikan calon tidak tergamam, kaku atau ‘sesat’ semasa peperiksaan sebenar adalah dengan membuat banyak latihan latih-tubi soalan-soalan setiap seksyen, selain mendapatkan rujukan yang sesuai, terkini dan memenuhi format terkini disediakan oleh SPA.

Testimoni Calon Lulus Exam PTD 2020 Yang Lepas

Ramai calon terdahulu yang telah lulus Exam PTD 2020 yang lalu memberikan testimoni yang baik kepada Rujukan Exam PTD M41 yang diterbitkan oleh Tim Infokerjaya. Anda boleh rujuk testimoni mereka di bawah:

Ini adalah sebahagian daripada ribuan testimoni calon yang telah lulus cemerlang dalam Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PSSE PTD M41) bagi tahun 2020 yang lepas. Untuk lebih banyak testimoni, anda boleh rujuk DI SINI.

[PERCUMA] Dapatkan Preview Rujukan Exam PTD 2021 Sekarang!

Berita baik buat calon-calon peperiksaan PSSE Pegawai Tadbir Diplomatik M41 bagi tahun 2021, pihak Tim Infokerjaya berbesar hati mahu memberikan anda Preview Rujukan Terkini Exam PTD secara percuma. Anda hanya perlu muat turun ebook tersebut dengan klik LINK INI. Tawaran ini dibuka kepada umum bermula 4 Julai sehingga 7 Julai 2021 sahaja.

2 thoughts on “Rujukan Exam PTD – Pegawai Tadbir Diplomatik M41”

Leave a Comment