Lelaki Ini Kongsikan 3 Cara Langsaikan Hutang Rumah Pertama Dengan Cepat Dalam Tempoh 12 tahun Sahaja. Cepat 13 Tahun Dah Langsai Hutang!

Korang perasan tak, walaupun lebih 10 tahun buat bayaran bulanan rumah kat bank, tapi tak berganjak pun baki pembiayaannya. Geram je kan bila tengok bank statementnya…🙂
.
Aku kongsikan macamana aku langsaikan hutang rumah pertama aku ini dalam tempoh 12 tahun. Sepatutnya ikut perjanjian 25 tahun (aku pilih 25 berbanding 30 tahun). Ilmu ni aku perolehi dari bacaan buku mentor kewangan Azizi Ali. Ikut cara dia, 5 tahun langsai hutang. Dulu pun aku fikir macam tak logik cara beliau. Tapi aku try jerlah. Tak dapat setel 5 tahun, 12 tahun pun kira ok apa..😉

.

1. BAYAR LEBIH BULANAN

Setiap bulan aku akan bayar extra RM100-150 ke bank. Tapi jika takda lebihan, aku bayar ikut kata bank jerlah. Jangan stress!

2. BAYAR LEBIH TAHUNAN

Dulu company selalu bagi bonus tahunan. Duit bonus ni aku extrakan bayar bulanan ke bank. Orang biasa bayar 12 bulan kan, tapi aku bayar 13-14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!

3. BAYAR GUNA KWSP

Tips ni paling banyak membantu. Aku keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk mengurangkan baki pembiayaan. Kat sini biasanya ada drama sikit dengan pihak bank. Sila maklumkan pada mereka, kita mahu bayar “principal” terus. Barulah kita yang untung!

Aku praktiskan 3 cara ini sahaja. Dalam buku Tuan Azizi Ali tunjukkan banyak tips lagi. Boleh pi cari beli. Cara ini bagi yang nak langsaikan hutang rumah dengan lebih cepat. Boleh beli kat shopee buku ni –> https://shppe.co/Langsaikan-Pinjaman-Perumahan-Anda-Dalam-Tempoh-5-Tahun-atau-Kurang-oleh-Azizi-Ali

.

Jika tak mau, ikut sahaja kata bank. Bayar bulanan seperti biasa. Insyaallah 30-35 tahun setel hutang anda. Apa-apa berlaku pada kita, encik MLTT/MRTT Insyaallah boleh cover…🙂

.

 

.

Gambar atas ni masa kami gotong royong anak beranak bersihkan rumah setelah penyewa keluar hujung tahun 2020. Rumah dah habis bayar, duit sewa nilah yang jadi pasif income kami. Tahun lepas telah dilepaskan pada pemilik baru demi memburu RUMAH IMPIAN kami sekeluarga. Hutang dah takda, dapat sedebuk, baru syok..🙂

 

Sumber : Faizal Rahmat
Abang Ngah
Bebas Hutang, Hati Tenang!

Leave a Comment