KKM Rayu Hentikan Mesej Tular ‘Shortcut’ Dapatkan Janji Temu Vaksin COVID-19

Beberapa hari kebelakangan ini, tular sebuah mesej di laman sosial terutamanya menerusi aplikasi WhatsApp yang menunjukkan jalan pintas mendapatkan janji temu vaksin COVID-19 dengan menggunakan fungsi HelpDesk di MySejahtera.

Dengan situasi pemberian vaksin yang agak perlahan terutamanya di kawasan-kawasan bandar utama seperti di Lembah Klang dan Selangor, orang awam telah mencuba cara-cara yang dikongsikan menerusi mesej tular tersebut dengan harapan akan mendapat slot janji temu vaksin tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah tampil menafikan mesej tular berkenaan sebagai satu lagi mesej palsu. Kenyataan tersebut dikongsikan KKM menerusi laman twitter rasmi mereka.

‘Shortcut’ Dapatkan Janji Temu Vaksin COVID-19 di MySejahtera (HelpDesk)

Fungsi sebenar bagi HelpDesk di MySejahtera bukan sebagai jalan pintas bagi mendapatkan tarikh janji temu vaksin COVID-19 tetapi ianya disediakan bagi memastikan aplikasi MySejahtera berfungsi dengan baik dan para pengguna dapat memperoleh maklumat terkini yang tepat berkaitan perkembangan isu Covid-19 berserta vaksin di Malaysia.

Berikut dikongsikan langkah yang boleh dilakukan untuk membuat semakan di Help Desk MySejahtera.

  1. Buka aplikasi MySejahtera.
  2. Pergi ke menu HELPDESK.
  3. Anda akan dibawa ke paparan HelpDesk.
  4. Pilih isu yang anda hadapi.
  5. Sila isikan maklumat jika diperlukan.
  6. Respon anda akan direkodkan dan akan dikemaskini.
Helpdesk MySejahtera - Vaksin COVID-19

Bagi mereka yang masih belum mendapat tarikh janji temu vaksin, anda diminta untuk terus bersabar sehingga giliran anda tiba. Kerajaan telah berikrar untuk memastikan semua rakyat Malaysia yang berkelayakan akan menerima suntikan vaksin Covid-19 sebagai usaha untuk mewujudkan imuniti kelompok.

Leave a Comment