Siapa Suami Hannah Delisha? Ini Biodata Imam Shah

Pelakon dan penyanyi cantik manis dari Singapura, Hannah Delisha mengejutkan orang ramai apabila memuatnaik hantaran instagram yang menyatakan dirinya telah selamat bernikah dengan Imam Shah.

Apa yang mengejutkan adalah bagaimana hubungan romantis antara Hannah Delisha dan suaminya Imam Shah berjaya disembunyikan oleh mereka berdua, tup tup sudah bergelar pasangan suami dan isteri yang sah.

Menerusi Instagram, Hannah turut menzahirkan kesyukuran perkenalan mereka selama lima tahun akhirnya membawa kepada ikatan perkahwinan.

Dengan berita gembira ini, peminat pastinya tertanya-tanya siapakah jejaka bernama Imam Shah yang berjaya memikat hati seterusnya bergelar suami kepada Hannah Delisha kesayangan ramai.

Siapa Suami Hannah Delisha?

suami hannah delisha

Untuk pengetahuan semua, Imam Shah merupakan anak lelaki kepada pelakon veteran Mariana Yati.

Dia juga merupakan seorang pelakon lelaki yang berasal dari Singapura berusia 32 tahun.

Suami Hannah Delisha ini pernah berlakon dalam beberapa buah drama TV3 antaranya Lafazkan Kalimah Cintamu dan Kau Yang Pertama. Kemudian, Imam Shah membintangi siri drama mini Saga yang diterbitkan di Singapura.

Selain daripada itu, Imam juga aktif membina bentuk badannya supaya bertepatan dengan watak seorang fighter dalam lakonannya.

Biodata Lengkap Suami Hannah Delisha, Imam Shah

Nama Penuh: Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib

Umur: 32 Tahun (2021)

Asal: Singapura

Isteri: Hannah Delisha (Nikah 18 Febuari 2021)

Semoga rumahtangga yang di bina bersama Hannah Delisha diberkati dan berkekalan hingga ke Jannah.

Leave a Comment