6 Jawapan Bagi Soalan ‘Kenapa Nak Kerja Kerajaan?’ Semasa Temuduga

Kenapa Nak Kerja Kerajaan?” merupakan satu soalan rutin yang akan disoal kepada calon-calon yang telah memohon bagi memenuhi kekosongan jawatan dalam sektor awam di Malaysia.

Walaupun ianya nampak seperti soalan yang mudah, tetapi jangan terkejut sebenarnya ramai calon yang tidak bersedia untuk menjawab persoalan ini dengan baik. Malah, ada juga dalam kalangan calon yang menjawab secara sambil lewa dihadapan para penemuduga yang juga terdiri daripada kakitangan awam di jabatan-jabatan kerajaan terlibat.

Disini kami senaraikan 6 jawapan terbaik yang boleh anda jadikan contoh untuk menjawab soalan kenapa anda memilih kerjaya dalam sektor awam dan bukan sebaliknya.

kenapa nak kerja kerajaan

6 Jawapan Terbaik ‘Kenapa Nak Kerja Kerajaan?’

Jika anda berpeluang dipanggil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menghadiri sesi temuduga, ia bermaksud anda sudah semakin hampir untuk bekerja dalam sektor awam. Apa yang tinggal hanyalah persiapan rapi menjelang sesi interview dengan jawapan yang tepat dan personaliti baik.

Ini adalah contoh 6 jawapan terbaik yang boleh anda jadikan contoh bagi menjawab persoalan ‘Kenapa Nak Kerja Kerajaan?’ semasa sesi temuduga itu nanti.

  1. Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana …
    berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Malaysia.
  2. Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana …
    bidang kerja di sektor awam merupakan minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan lagi, dibantu dengan sokongan dan dorongan dari keluarga yang amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di sektor awam.
  3. Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana …
    saya berpeluang untuk menambah ilmu terutamanya dalam bidang kerja yang diceburi menerusi seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai dalam meningkatkan kemahiran diri saya sendiri. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, malah cekap dan berilmu pengetahuan tinggi.
  4. Kenapa Nak Kerja Kerajaan? Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana …
    kerjaya di sektor awam memberikan jaminan masa depan buat saya dan keluarga. Walaupun ramai yang memandang kerjaya awam dengan pandangan serong tetapi bagi saya bekerja dalam sektor awam tidak mempunyai risiko kehilangan pekerjaan jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang dihadapi sektor swasta ketika ini.
  5. Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana …
    saya berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan sedia ada yang saya miliki sekarang menerusi bantuan dan sokongan pihak kerajaan agar saya dapat meningkatkan mutu dalam perkhidmatan saya di jabatan-jabatan kerajaan itu sendiri.
  6. Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana …
    potensi kenaikan pangkat. Ya, semua orang yang bekerja mempunyai impian untuk naik pangkat dan peningkatan gaji bulanan. Dalam sektor awam, semua manfaat akan diberikan termasuklah kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, kemudahan fasiliti pinjaman bank, dan banyak lagi. Jadi ini memberikan galakan buat saya untuk menceburi sektor awam berbanding swasta.

Berdasarkan kepada 6 jawapan ini, calon-calon temuduga boleh bersedia dengan jawapan terbaik mereka sendiri supaya dapat menjawab persoalan ‘Kenapa Nak Kerja Kerajaan?‘ dengan lebih yakin dan lancar. Keupayaan calon untuk memberikan penerangan yang lebih tersusun juga akan membantu dalam sistem pemarkahan yang ada ditangan penemuduga.

Jika anda mempunyai jawapan-jawapan lain bagi soalan ‘Kenapa Nak Kerja Kerajaan?‘, sudilah kongsikan bersama kami agar dapat dijadikan panduan bagi mereka-mereka yang sedang memerlukan bimbingan dan bantuan. Tuliskan jawapan anda di ruangan komen kami di bawah artikel ini.

1 thought on “6 Jawapan Bagi Soalan ‘Kenapa Nak Kerja Kerajaan?’ Semasa Temuduga”

Leave a Comment